15 October – Second National Summit on Urban Public Transport

TRANSIT logo

As you may know, TRANSIT has been invited to speak at the Second National Summit on Urban Public Transport which will be held on 15 October 2009.

The links below will connect you to more detailed information about the upcoming National Summit.

[TRANSIT: We will write a report about the Summit and post the information here for your information and attention.]

Newspaper Articles:

Klang Valley’s rail system to be beefed up (Malaysian Insider)

Rangkaian rel di Lembah Klang akan diperluas (Utusan)

Khamis, 15 Oktober 2009 |

KUALA LUMPUR: Jumlah kereta api akan ditambah di Lembah Klang untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam itu daripada 16 peratus kepada 25 peratus pada tahun 2012, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata sasaran untuk penggunaan kemudahan itu di Pulau Pinang, Johor Baharu akan dibuat kemudian.

“Tumpuan segera kita ialah untuk meningkatkan kapasiti, tahap perkhidmatan, liputan dan hubungan bagi semua jenis pengangkutan awam dengan penekanan utama ialah untuk meningkatkan peranaan perkhidmatan rel sebagai tulang belakang pengangkutan awam bandar,” katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Pengangkutan Awam Bandar di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) kementerian itu Datuk Long See Wool.

Katanya, dengan hanya trek sejauh 19 kilometer untuk sejuta penduduk, liputan rel di Lembah Klang rendah berbanding dengan kebanyakan bandar raya lain di dunia dan tiga sistem kereta api dan bas berhenti-henti yang ada mengendalikan 260,000 penumpang di sebelah pagi, waktu kemuncak dan sesak.

“Bagi penumpang yang tinggal di sepanjang rel Ipoh-Rawang, empat kereta api elektrik baru (ETS) akan diperkenalkan antara Disember tahun ini dan Mac tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, RM200 juta telah diperuntukkan untuk membeli 10 unit berganda elektrik (EMU) untuk KTM Berhad berikutan bertambahnya bilangan penumpang melalui Lembah Klang.

Katanya, untuk mengatasi kesesakan rel LRT Kelana Jaya kerajaan merancang menambah 10 kereta api baru empat gerabak pada akhir tahun ini.

“Kita akan terus menambah perkhidmatan empat gerabak secara berperingkat-peringkat sehingga semua 35 buah beroperasi pada tahun 2012. Pada ketika itu, kapasiti kita kini sebanyak 25 kereta api dengan 70 kereta api dengan 210 gerabak,” katanya.

Pada 2012, rel LRT dari Kelana Jaya akan diperluaskan ke Putra Heights melalui Subang Jaya dan Ampang-Sri Petaling akan diperluaskan ke Puchong dan berakhir di Putra Heights.

Ong berkata, rel baru LRT dari Kota Damansara ke Cheras meliputi 42.8 kilometer sedang dikaji.

“Perluasan rel LRT dan rel baru itu akan menambahkan liputan rel kita di Lembah Klang kepada 32 kilometer trek bagi sejuta penduduk,” katanya.

Katanya, pasukan petugas penyerahan mengenai pengangkutan awam akan diberi tanggungjawab untuk memperbaiki lagi sistem pengangkutan awam di Lembah Klang dan akan memberikan tumpuan segera untuk menyusun semula perkhidmatan bas dengan lebih banyak hub antara jenis pengangkutan, kapasiti rel, rangkaian perantara dan penyediaan tiket yang bersepadu

Di luar Lembah Klang, projek landasan kereta api elektrik berkembar dari Ipoh, Perak ke Padang Besar di utara dan Seremban ke Gemas, Negeri Sembilan di selatan sedang disiapkan.

Ong berkata, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (N-KRA), projek itu akan diperluaskan dari Gemas ke Johor Baharu, Johor tidak lama lagi.

“Sebuah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan bagi memastikan dasar, perancangan dan pelaksanaan bersepadu dijalankan dengan lebih tersusun,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s