6 new LRT trains to operate in December (maybe)

TRANSIT takes note of this article, “6 new LRT trains to operate in December” which announces information about the government’s plans to improve service on the Kelana Jaya LRT line. There is also information about the proposals for KTM Komuter service.

6 tren baru LRT beroperasi Disember (Bernama)

English version: Six New LRT Trains Will Operate Next Month – Ong

KUALA LUMPUR: Kesesakan penumpang Sistem Pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT) di Lembah Klang akan dapat dikurangkan apabila enam tren baru yang kini sedang diuji, dijangka beroperasi bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

“Kita sudah terima tren baru itu. Bagaimanapun, ia sedang diuji kerana mahu memastikan ia mengikut prosedur ujian selama 16 jam sehari dan pertambahan tren ini dapat menampung bilangan pengguna yang meningkat,” katanya selepas melawat Stesen LRT Bangsar di sini, hari ini.

Selain dapat mengurangkan kesesakan penumpang, beliau berkata, pertambahan tren itu juga dapat memendekkan waktu menunggu selama dua minit berbanding tiga minit sebelum ini.

Mengulas kos pembelian tren baru itu, Ong berkata, jumlah sebenarnya masih belum dipastikan kerana kos itu berterusan ketika dalam ujian.

Beliau yang sebelum itu menaiki komuter dari Stesen Bank Negara ke Stesen KL Sentral mendapati kesesakan penumpang nyata dialami pada waktu puncak jam 6 hingga 9 pagi yang menjadi kebiasaan saban hari.

Selain itu, cabaran utama bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan komuter adalah mempercepatkan waktu menunggu penumpang daripada 20 minit kepada 15 minit.

“Waktu menunggu dalam lingkungan 20 minit itu agak lama, masih ada ruang untuk ditingkatkan untuk menjadikan waktu menunggu kepada 15 minit saja. Itu boleh dicapai dengan rancangan KTM (Keretapi Tanah Melayu Bhd) untuk menambah tren baru pada 2013.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada bajet yang akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan,” katanya.

Ong berkata, pihaknya perlu membuat perancangan teliti meningkatkan tahap perkhidmatan awam di negara ini memandangkan bilangan penumpang perkhidmatan awam termasuk bas, LRT, monorel, komuter meningkat daripada 240,000 sehari pada 2008 kepada 600,000 menjelang 2012.

“Lonjakan ini akan memerlukan pertambahan kapasiti 360,000 sehari, dengan 26 peratus dijangka menggunakan KTM, 26 peratus LRT, lima peratus akan guna monorel dan ERL.

“Ini adalah unjuran, jadi keadaan sebegini menjelang tahun 2012 diharapkan kita dapat mencapai tahap penggunaan perkhidmatan awam sebanyak 25 peratus berbanding ketika ini 12 peratus,” jelasnya.

Antara perkara lain yang perlu diberi perhatian, katanya adalah kemudahan pengangkutan awam yang mesra orang kurang upaya (OKU), tahap keselamatan penumpang di stesen dan di dalam pengangkutan awam, menambah bilangan papan tanda serta meningkatkan tahap keselesaan penumpang.

TRANSIT Says:

Once again, we at TRANSIT are generally happy to hear about improvements to public transport. And once again, we are tired of hearing announcements and knowing in our hearts that there will inevitably be delay after delay, but no information on why.

Transit planners, Minister’s and many RapidKL staff do not have to take the LRT and the KTM service each and every day. But 300,000 commuters are dependent on the rail network each and every day and they have waited a long time for improvements.

The government and KTM and RapidKL have been caught flatfooted, again and again when it comes to public transport. And what makes it worse is that they still do not understand that things are going horribly wrong.

15 minutes service on the KTM Komuter line is simply not good enough to meet the needs of public transport users. The new LRT trains will make a big difference on the Kelana Jaya line but the public has to know when they will be introduced.

It’s not that people are not working hard – we are sure that people are working hard. The first problem is that they are not working in a way that is coordinated, effective and efficient. The second problem is that the public transport users are a group of stakeholders and they are not at the discussion table.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s