Tag Archives: Media

Haphazard halts are a sign of haphazard planning and policy and organization and management….and especially leadership.

TRANSIT took note of this article in the Star Metro which reminded us how much more needs to be done to improve public transport organization and management in the Klang Valley.

Haphazard halts (The Star Metro,  29 April 2014)

MORE often than not, public buses in the Klang Valley can be seen stopping to pick up passengers willy-nilly, be it by the roadside, along a flyover or even at the junction of a busy main road.

The lack of a proper bus stop or lay-by, does not seem to faze the drivers and the practise has been going on for years.

However, their actions not only contribute to traffic congestion but also pose a threat to life and limb as passengers scramble to board the bus on a busy road.

Continue reading Haphazard halts are a sign of haphazard planning and policy and organization and management….and especially leadership.

Advertisements

The Masjid Jamek station of the future?

TRANSIT notes some very interesting images that have finally been posted on the hoardings for the construction project at Masjid Jamek LRT station.

Image of the future Masjid Jamek (with Ampang LRT removed), courtesy of @Bukhrin.

Click here for a larger version of the image above. More images after the jump!
Continue reading The Masjid Jamek station of the future?

RapidKL mungkiri piagam sendiri

TRANSIT takes note of this report by KOSMO Magazine, published on 13 January 2010 that gives an alternative view to the promises from RapidKL, Prasarana and the Minister of Transport.

RapidKL mungkiri piagam sendiri – Bas tidak ikut jadual, tidak selesa, mengabaikan aspek keselamatan

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM, HISHAM IDRIS dan KUMARA SAPABATY
berita@kosmo.com.my

SEBUAH bas RapidKL di Kuala Lumpur semalam mengambil penumpang di tengah-tengah jalan yang sibuk dengan kenderaan ketika sebuah motosikal (dalam bulatan) memecut laju sehingga membahayakan nyawa penumpang. Gambar dari KOSMO!

KUALA LUMPUR – Selepas tujuh tahun beroperasi dan diberi kuasa mendominasi sistem pengangkutan awam di ibu kota, rupa-rupanya Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) ternyata masih gagal memenuhi janji-janji kepada pengguna.

Pada awal kehadiran RapidKL, ia ternyata lebih baik daripada sistem bas mini yang satu masa dahulu ‘menguasai’ jalan-jalan utama di ibu kota.

Namun, harapkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Perkhidmatan bas terbabit ternyata masih banyak yang tidak kena. Ia tidak seperti piagam RapidKL sendiri yang menjanjikan masa yang menjimatkan, perjalanan selesa tambang yang berpatutan dan keselamatan.

masalah di servis RapidKL. Gambar dari KOSMO

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, Kempat-empat matlamat RapidKL yang mempunyai 750 buah bas dan beroperasi melalui 159 laluan itu masih jauh daripada sasaran.

Buktinya, masih lagi kedengaran pelbagai rungutan di kalangan 300,000 orang penumpang bas di Lembah Klang setiap hari yang tidak puas hati dengan perkhidmatan RapidKL.

Kosmo! dalam tinjauan di beberapa laluan utama perkhidmatan bas tersebut seperti di Perhentian Bas Klang, Pasar Seni, Jalan Pudu, Jalan Bangsar dan Taman Maluri di sini mendapati pengguna mahu RapidKL serius menyelesaikan masalah.

BERSESAK-SESAK... Bas RapidKL mengambil penumpang melebihi had yang dibenarkan. Gambar dari KOSMO!

Antara masalahnya ialah bas RapidKL itu ternyata masih lewat dan tidak menepati jadual, kekerapan bas yang masih kurang di banyak laluan serta keadaan bas yang tidak selesa termasuk tanpa pendingin hawa.

Tidak cukup dengan itu, aspek keselamatan juga masih dipandang sebelah mata.

Masih kelihatan penumpang dibenarkan masuk ke dalam bas walaupun bas sudah padat macam tin sardin.

Tinjauan juga mendapati bukan semua bas RapidKL beroperasi mengikut jadual.

BAS-bas RapidKL berhenti di luar hentian dekat Jalan Pudu. Gambar dari KOSMO!

Ada antara bas milik syarikat itu sengaja menunggu lama di satu-satu hentian sehingga penumpang penuh sebelum bergerak menuju ke destinasinya.

Malah had kelajuan ketika bas berhenti satu-satu stesen juga tidak dipatuhi dan ada di kalangan pemandu bas seperti hendak ‘berlumba-lumba’ dengan kenderaan lain semata-mata mahu merebut tempat letak kenderaan.

Lebih buruk, apabila terdapat deretan teksi di sesuatu hentian, pemandu bas RapidKL sanggup berhenti di tengah jalan untuk mengambil penumpang tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain.

BAS RapidKL berhenti menurunkan penumpang di tengah-tengah jalan berhampiran Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur semalam. Gambar dari KOSMO!
komen-komen dari penumpang-penumpang RapidKL. Gambar dan komen dari KOSMO!

TRANSIT Says:

There you have it. Promises and more promises but not enough serious effort being made to enforcement. Even the new BET service cannot even depart on time and the time savings promised were not as great as expected (but then, we knew that).

RapidBET

Meskipun pelbagai langkah penambahbaikan perkhidmatan sepanjang beroperasi dilancarkan termasuk sistem bas ekspres transit (BET) yang diperkenalkan semalam, namun masih ada yang tidak kena dengan perkhidmatan terbaru itu.

Wartawan Kosmo! yang menaiki bas RapidKL menggunakan salah satu laluan bas sistem BET dari Pasar Seni ke Kota Damansara – yang menggunakan laluan lebuh raya – mendapati bas itu masih gagal menepati masa.

Pada mulanya, sebaik sampai di terminal Pasar Seni, pemandu bas berkenaan menjerit: “Bas ekspres baru ke Kota Damansara, satu jam boleh sampai.”

Wartawan Kosmo! menaiki bas RapidBET1 yang menuju ke Kota Damansara menerusi Penchala Link pukul 5.40 petang. Namun ia hanya mula bergerak tepat pukul 6 petang.

Pada pukul 6.15 petang, bas berkenaan memasuki Penchala Link dan menjelaskan bayaran tol Penchala Link lima minit kemudian sebelum memecut laju.

Di pertengahan jalan, pemandu bas didapati menurunkan seorang penumpang warga Bangladesh yang dipercayai tinggal di kawasan pembinaan di Mutiara Damansara.

Sejurus berhenti di lampu trafik berhadapan pusat beli-belah The Curve, pemandu tiba-tiba membuka pintu bas dan membenarkan penumpang itu turun di tengah jalan yang sesak dengan kenderaan.

Akhirnya apabila sampai ke destinasi terakhir di kawasan perumahan Flat Seksyen 8, Jalan Pekaka 8/1 di Kota Damansara, jam menunjukkan pukul 7.20 malam.

Ternyata sasaran sejam tidak berjaya dipenuhi oleh RapidKL melalui sistem BET yang baru diperkenalkan semalam.

Janji 60 minit, tetapi wartawan Kosmo! berada dalam bas selama 100 minit.